Monday, May 7, 2012

PERSARAAN CIKGU MIZAN... JASAMU DIKENANG...

Kenangan Terindah .... majlis persaraan Cikgu Mizan..

Cikgu Mizan dan isteri ketika majlis meraikan beliau...
Pada tarikh 25 April 2012, SMK Panchor kehilangan seorang lagi guru Bahasa Inggeris iaitu Cikgu Mizan.  Beliau telah bersara setelah berkhidmat sebagai seorang guru selama hampir 34 tahun.  Bersaranya Cikgu Mizan amat dirasai oleh warga SMK Panchor khususnya Panitia Bahasa Inggeris sementelah beberapa bulan sebelum itu Panitia Bahasa Inggeris turut kehilangan Cikgu Zainal Bahrin, yang turut bersara..  Namun pemergian kalian diiringi doa agar lebih cemerlang dan bahagia bersama keluarga tercinta....  Patah tumbuh hilang berganti... insyaallah...

Saturday, May 5, 2012

PESTA PANTUN 2012

Pemantun-pemantun dari SMK Panchor

Para pemantun ketika di bilik pertandingan


Perbincangan di saat akhir sebelum memasuki bilik pertandingan
Pertandingan Pesta Pantun Daerah Seremban 2 di SMK Seremban Jaya 2.  SMK Panchor turut menghantar pelajar untuk mewakili sekolah.

Monday, April 30, 2012

MINGGU BAHASA MELAYU 2012


Tuan Hj. Muhammad Amir sedang menyampaikan ucapan Perasmian
Minggu Bahasa Melayu



Ketua Panitia Bahasa Melayu, Cik Kamariah Ismail mengiringi Tuan Hj Muhammad Amir
merasmikan Minggu Bahasa Melayu

Adik-adik dari PPKI sedang menyampaikan nyanyian lagu nasyid
sempena  Perasmian  Minggu Bahasa Melayu


Kesungguhan dan semangat adik-adik PPKI...

pelajar-pelajar menyanyikan lagu bahasa jiwa bangsa

Tuan Pengetua dan Guru-guru Penolong Kanan
serta para guru turut sama bersemangat menyanyikan lagu...

Minggu Bahasa Melayu SMK Panchor telah diadakan selama 1minggu bermula 23 April - 27 April 2012 yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Kuiz KOMSAS, Forum Remaja, Pertandingan Melukis KOMSAS, Shahibba dan lain-lain lagi.  Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengetua Cemerlang SMK Panchor, Tuan Hj. Muhammad Amir bin YM Shariff.

Sunday, April 22, 2012

KURSUS DALAMAN PBS BAHASA MELAYU TINGKATAN 1



Pn. Norismaliza sedang menyampaikan taklimat tentang pelaksanaan PBS bahasa Melayu

Sesi soal jawab dan perbincangan antara ahli panitia bahasa Melayu



CHORAL SPEAKING



Pertandingan Choral Speaking peringkat Derah Seremban 2 tahun 2012 telah diadakan di SMK Seremban Jaya pada 10 April 2012. SMK Panchor turut menghantar wakil dalam pertandingan tersebut.

PESTA PANTUN

Pemantun SMK Panchor di hadapan Dewan Besar SMK Seremban Jaya 2

Ketika pertandingan berlangsung di SMK Seremban Jaya 2

Khusyuk mendengar pihak lawan menjual pantun

Persediaan sebelum memasuki bilik pertandingan

Saturday, April 21, 2012

FORUM REMAJA SEKOLAH


PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH- SEKOLAH DAERAH SEREMBAN 2
                        Tarikh                        :  29 MAC 2012
Tempat                      :  SMK SERI PAGI
Anjuran                      :  JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

 OBJEKTIF
1.         MELAHIRKAN PELAJAR YANG FASIH BERTUTUR DAN PETAH MENGEMUKAKAN IDEA-IDEA BERNAS
2.         MELATIH DAN MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERANI MENGEMUKAKAN PENDAPAT DAN PANDAI MENGENDALIKAN MAJLIS

AKTIVITI
1.         PERTANDINGAN INI DISERTAI OLEH  20 BUAH SEKOLAH DAERAH SEREMBAN  2 TERMASUK SMK PANCHOR
2.         SEKOLAH DIBAHAGIKAN KEPADA 4 KUMPULAN DAN SMK PANCHOR BERADA DALAM KUMPULAN A
3.         PEMENANG  DIPERINGKAT KUMPULAN AKAN MEMASUKI PERTANDINGAN AKHIR


PENCAPAIAN
 PASUKAN YANG BERJAYA KE PERINGKAT AKHIR IALAH
1. SMK PUTERI
2. SMK KGV
3. SMK SERI PAGI
4. SMA KLANA PETRA MAAMUR

PERTANDINGAN INI TELAH DIMENANGI OLEH  SMK SERI PAGI

Pasukan SMK panchor sedang berforum

Ketokohan pasukan SMAD Klana Petra