Monday, May 7, 2012

PERSARAAN CIKGU MIZAN... JASAMU DIKENANG...

Kenangan Terindah .... majlis persaraan Cikgu Mizan..

Cikgu Mizan dan isteri ketika majlis meraikan beliau...
Pada tarikh 25 April 2012, SMK Panchor kehilangan seorang lagi guru Bahasa Inggeris iaitu Cikgu Mizan.  Beliau telah bersara setelah berkhidmat sebagai seorang guru selama hampir 34 tahun.  Bersaranya Cikgu Mizan amat dirasai oleh warga SMK Panchor khususnya Panitia Bahasa Inggeris sementelah beberapa bulan sebelum itu Panitia Bahasa Inggeris turut kehilangan Cikgu Zainal Bahrin, yang turut bersara..  Namun pemergian kalian diiringi doa agar lebih cemerlang dan bahagia bersama keluarga tercinta....  Patah tumbuh hilang berganti... insyaallah...

Saturday, May 5, 2012

PESTA PANTUN 2012

Pemantun-pemantun dari SMK Panchor

Para pemantun ketika di bilik pertandingan


Perbincangan di saat akhir sebelum memasuki bilik pertandingan
Pertandingan Pesta Pantun Daerah Seremban 2 di SMK Seremban Jaya 2.  SMK Panchor turut menghantar pelajar untuk mewakili sekolah.