Monday, May 7, 2012

PERSARAAN CIKGU MIZAN... JASAMU DIKENANG...

Kenangan Terindah .... majlis persaraan Cikgu Mizan..

Cikgu Mizan dan isteri ketika majlis meraikan beliau...
Pada tarikh 25 April 2012, SMK Panchor kehilangan seorang lagi guru Bahasa Inggeris iaitu Cikgu Mizan.  Beliau telah bersara setelah berkhidmat sebagai seorang guru selama hampir 34 tahun.  Bersaranya Cikgu Mizan amat dirasai oleh warga SMK Panchor khususnya Panitia Bahasa Inggeris sementelah beberapa bulan sebelum itu Panitia Bahasa Inggeris turut kehilangan Cikgu Zainal Bahrin, yang turut bersara..  Namun pemergian kalian diiringi doa agar lebih cemerlang dan bahagia bersama keluarga tercinta....  Patah tumbuh hilang berganti... insyaallah...

No comments:

Post a Comment